Tanda Bulatan - Semangat setia kawan, jalinan keakraban
dan kuatnya semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah serta melambangkan
permuafakatan yang erat tanpa mengenal latar belakang.
Bulatan Putus - Perjalanan kehidupan yang pasti akan
terputus suatu hari nanti. Namun demikian, cita-cita yang tinggi, bersama motto
diri berserta usaha yang gigih pasti tetap dilakukan untuk masa depan yang
lebih gemilang.
Lambang Pokok - Semangat ingin maju dan beroleh
kejayaan yang tiada batasan. Tetap gagah dan terus walaupun terpaksa
menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan di tengah jalan.
Warna Kuning - Kesucian iltizam dan keikhlasan
setiap warganya dalam mencapai kegemilangan dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.
Warna Biru Laut - Suasana yang harmoni, toleransi,
muhibbah dan penuh kasih sayang tanpa batasan sesama warga sekolah tanpa
mengira pangkat dan latar belakang berlandaskan tatasusila yang betul.
Warna Biru Tua - Ketegasan dan komitmen yang tidak
berbelah bahagi warga sekolah dalam usaha untuk mencapai visi dan misi
selaras dengan motto sekolah iaitu "PRESTASI
CEMERLANG KUALITI GEMILANG"
Warna Hijau - Kesegaran dan keindahan yang mahu
dicapai oleh pihak sekolah pada masa hadapan serta keinginan dan jati diri
setiap warganya yang mahu maju ke hadapan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.