Sunday, 4 October 2015

sejarah sekolah




Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru, W.P Labuan (SKTGA) mula dibuka pada 7 Januari 2002.  Sekolah ini dibina pada tahun 1999 diatas permintaan penduduk kg Tanjung Aru yang inginkan sebuah sekolah rendah di tempat mereka.  Guru besar yang pertama di sekolah ini ialah En Ludin B Ramli sehingga tahun 2004.



       Pada awal pembukaannya jumlah murid disekolah ini ialah kurang dari 50 orang murid dan 6 orang guru.Murid-murid yang bersekolah ini terdiri daripada murid-murid dari kampung Tanjung Aru dari kampung-kampung sekitarnya  seperti kampung Lajau, Tanjung Aru Nelayan, Kg Merinding dan Kg Ganggarak.



     Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru dibina di atas tanah seluas 5.02 hektar. Mempunyai 4 blok bangunan iaitu bangunan Pentadbiran dan Bangunan Kelas serta bilik-bilik khas. SK Tanjung Aru mempunyai pelbagai kemudahan untuk keggunaan murid semasa sesi pembelajaran seperti 13 buah kelas, Pusat Sumber, Makmal Komputer, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, bilik Pemulihan Khas, Bilik SPBT, Pusat Akses, Bilik Guru dan Bilik JQAF.

No comments:

Post a Comment